Penyerang muda sensasi Manchester United, Mason Greenwood, mengakui bahawa dia melakukan kesilapan dan tidak memikirkan rakan sepasukan yang lain di kem England.

Ianya gara gara pemain itu ‘kantoi’ membawa masuk perempuan ke hotelnya bersama dengan Phil Foden.

Mason Greenwood kali pertama dia dipanggil ke pasukan kebangsaan England oleh Gareth Southgate.

Greenwood diberikan debut berdepan dengan Iceland. Tetapi beliau terpaksa pulang awal selepas insiden di hotel Iceland itu.

Greenwood dan Foden ditangkap oleh pihak berkuasa Iceland yang menetapkan protokol penguncian yang ketat di negara mereka.

Pemain muda itu akhirnya membuat kenyataan maaf secara rasmi di laman rasmi Man United.

UEFA Nations League – League A – Group 2 – Iceland v England
FILE PHOTO: Soccer Football – UEFA Nations League – League A – Group 2 – Iceland v England – Laugardalsvollur, Reykjavik, Iceland – September 5, 2020. England’s Mason Greenwood reacts. REUTERS/John Sibley

“Setelah merenung kembali apa yang telah berlaku, saya hanya dapat meminta maaf atas tingkah laku saya yang memalukan.”

“Saya tidak bertanggungjawab untuk melanggar protokol Covid-19 yang seharusnya melindungi pemain, kakitangan dan orang ramai.”

“Saya meminta maaf khususnya kepada Gareth Southgate kerana mengecewakannya, walaupun dia sangat percaya kepada saya.”

Greenwood berjanji akan mengambil iktibar dan meyakinkan semula Southgate untuk memanggilnya pada masa akan datang.

“Bermain untuk pasukan kebangsaan England adalah salah satu saat paling membanggakan dalam hidup saya.”

“Saya hanya boleh menyalahkan diri sendiri atas kesilapan besar yang saya buat.”

“Saya berjanji kepada keluarga saya, peminat-peminat, Manchester United dan juga pasukan kebangsaan England bahawa saya akan belajar dari kesilapan ini.”

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

TERKINI: Roma Sahkan Zaniolo Alami ACL Kedua Dalam Tahun Ini

Analisis: Pembelian Van De Beek Untuk Mengeluarkan Potensi Sebenar Pogba

Tebas Akui Bimbang Messi Pergi, Namun Tolak Dakwaan La Liga Akan Hilang Serinya Tanpa La Pulga